
Manufacturing
2 jobs
Ditubuhkan di Johor Bahru lebih 10 tahun lalu, Bumihayat bermula sebagai sebuah bengkel kecil dengan mesin sublimation dan beberapa orang pekerja. Hari ini, ia berkembang menjadi kumpulan syarikat dengan tiga cabang utama:
Bumihayat dibina atas nilai disiplin, integriti dan peningkatan berterusan. Kami percaya setiap produk yang keluar dari kilang bukan sekadar hasil tangan, tetapi cerminan budaya kerja yang menghargai kualiti, kreativiti dan semangat berpasukan.
Di Bumihayat, kami bukan sekadar bekerja untuk gaji. Kami bekerja untuk berkembang — sebagai individu dan sebagai sebuah pasukan.
Kami percaya setiap staf perlu ada rasa ingin belajar, berani mencuba dan tidak takut gagal. Dalam syarikat kecil seperti kami, setiap orang memainkan peranan besar. Idea anda boleh ubah cara kami bekerja, cara kami menjual, malah cara kami berkembang ke tahap seterusnya.
Kami Hargai Orang yang:
Kenapa Budaya Ini Penting
Kami tahu kami bukan syarikat besar dengan struktur yang kaku — dan itu kelebihan kami.
Kami boleh bergerak pantas, bereksperimen, dan belajar terus daripada tindakan. Di sinilah staf kami membina keyakinan, kemahiran dan kepimpinan. Bila syarikat naik, semua yang bersama dari bawah akan naik bersama.
“Di Bumihayat, semua orang ada potensi untuk jadi lebih baik daripada semalam. Kami tak cari yang sempurna, kami cari yang mahu belajar dan berkembang.
bagi yang mencapai KPI tahunan
UNTUK SEMUA STAFF
KOMISEN DIBERIKAN SETIAP KALI ANDA MEMBAWA JUALAN MASUK
BONUS TAHUNAN
10, Taman, Jalan Kota 2/3, Cahaya Kota Puteri, 81750 Masai, Johor Darul Ta'zim, Malaysia