AI-generated summary
This job is for a Maintenance Technician in Malaysia. You might like this job because you’ll keep machines running smoothly, troubleshoot electrical issues, and ensure safety procedures are followed, making a real impact in your workplace!
Undisclosed
Lot PT 14416/A, Jalan Industri, 18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim., Kuala Lumpur
Senarai Tugas dan Tanggungjawab: - Melaksanakan penyelenggaraan elektrik secara berkala ke atas semua peralatan, mesin, dan sistem elektrik bagi memastikan ia beroperasi dengan selamat dan cekap. - Mengenal pasti dan membaiki kerosakan pada sistem elektrik termasuk pendawaian, panel kawalan, motor, suis, soket dan pencahayaan. - Melaksanakan pemasangan sistem dan peralatan elektrik baru, termasuk kerja-kerja pendawaian mengikut pelan dan piawaian keselamatan. - Membuat pemeriksaan harian terhadap sistem elektrik, termasuk membaca dan mencatat parameter elektrik seperti voltan, arus, dan suhu peralatan. - Melakukan kerja-kerja troubleshooting bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan, kerosakan peralatan, atau sistem trip secara tiba-tiba. - Menyelenggara dan menguji peralatan sokongan kuasa seperti generator (genset), UPS dan bateri sokongan (jika ada). - Memastikan pematuhan terhadap semua peraturan keselamatan elektrik, termasuk menggunakan PPE, melaksanakan lockout/tagout, dan mematuhi SOP kerja selamat. - Menyediakan laporan pemeriksaan, pembaikan, dan penggunaan alat ganti, serta memastikan rekod penyelenggaraan dikemaskini dengan lengkap. - Bekerjasama dengan jabatan lain bagi menyokong keperluan teknikal serta memberi sokongan semasa kerja pembaikan, naik taraf, atau pemasangan baru. - Menguruskan inventori alat ganti elektrik dan membuat permohonan pembelian untuk alat yang diperlukan dengan kelulusan pihak pengurusan.
Keperluan / Kelayakan: - Sijil atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik atau berkaitan. - Pengalaman sekurang-kurangnya 1-3 tahun dalam kerja penyelenggaraan elektrik. - Pengetahuan dalam sistem 1 fasa dan 3 fasa. - Boleh membaca pelan elektrik dan menggunakan alat pengujian. - Mempunyai sijil PW (jika berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga adalah satu kelebihan). - Mampu bekerja secara berdikari atau dalam kumpulan dan bertindak cepat dalam situasi kecemasan.
Our employees get to enjoy monetary rewards when they make sales!
We treat everyone at DXN like family and we have a close working culture!
DXN employees get to have fun with company trips, annual dinners and more.
Last active - 1 week ago
0 - 10 Years of Experience
