AI-generated summary
This job is for an Electrical Technician. You might like this job because you’ll maintain and troubleshoot electrical systems, ensuring safety and efficiency. If you enjoy hands-on work with technology and problem-solving, this could be a great fit!
Undisclosed
Kuantan, 06, MY, 25720, Kuala Lumpur
KELAYAKAN:
• Mempunyai Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 dalam bidang Elektrikal atau kelayakan setara yang diiktiraf.
• Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang penyelenggaraan elektrik, pemasangan sistem elektrik, atau kerja teknikal yang berkaitan.
• Mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sistem Voltan Rendah (LV), Voltan Sederhana (MV), dan Voltan Tinggi (HV) termasuk transformer, suis gear, pemutus litar, dan papan agihan.
• Berpengetahuan dalam kaedah dan penjadualan penyelenggaraan bagi memastikan operasi sistem berjalan lancar dan jangka hayat peralatan dioptimumkan.
• Berkemahiran dalam menggunakan peralatan ujian dan diagnostik elektrik seperti multimeter, penguji penebat, meter penjepit, kamera imej terma dan lain-lain dengan ketepatan.
• Berpengalaman dalam sistem keselamatan kebakaran (panel penggera, pengesan asap, sensor haba dan lampu kecemasan) serta penyaman udara jenis unit pisah (split unit AC) merupakan kelebihan tambahan.
• Kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan).
• Kemahiran komputer yang baik terutamanya dalam Microsoft Word dan Excel
SKOP TUGAS:
Peranan ini adalah untuk menyokong pelbagai tanggungjawab Jabatan Elektrik termasuk:
• Melaksanakan kerja penyelenggaraan, pembaikan dan troubleshooting bagi sistem elektrik, kabel, sambungan dan peralatan sokongan.
• Menyelia dan menyelenggara genset, ATS dan sistem UPS termasuk ujian beban serta pengaktifan automatik dan manual semasa gangguan bekalan elektrik.
• Melaksanakan servis berkala penyaman udara dan sistem penyejukan, termasuk pemeriksaan gas dan pembaikan kebocoran di semua pencawang.
• Menjalankan penyelenggaraan sistem keselamatan kebakaran seperti panel penggera, pengesan asap, sensor haba dan lampu kecemasan mengikut piawaian keselamatan kebangsaan.
• Bertugas secara on-call bagi menangani kecemasan atau gangguan elektrik di luar waktu pejabat termasuk pencawang, transformer, atau sistem sokongan kritikal
• Menyediakan laporan penyelenggaraan, penggunaan alat ganti, dan dokumentasi teknikal dengan tepat dan sistematik.
• Menyokong inisiatif penjimatan tenaga dan kelestarian serta mencadangkan penambahbaikan sistem yang lebih cekap dan kos efektif.
• Memastikan semua kerja dijalankan mengikut Akta Bekalan Elektrik serta mematuhi semua prosedur keselamatan dan piawaian kerja yang ditetapkan.
• Memantau kerja kontraktor bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian teknikal, keselamatan dan jadual pelaksanaan kerja.
At IJM, we provide medical coverage for all our employees and their children, including hospitalisation fees.
Worry less about another bill! We got your mobile phone bill covered when you work with us!
We provide allowance for travel and transport when you're commuting for us!
Last active - 1 week ago
0 - 10 Years of Experience
